PROFIL SEKOLAH




 SEJARAH PENUBUHAN SK PAKA III

SK Paka III telah ditubuhkan pada awal tahun 2005 iaitu 01/01/2005. Ia terletak di Jalan Perumahan TNB Paka, 23100 Dungun, Terengganu. SK Paka III berjiran dengan Pusat Kegiatan Guru Paka ( PKG Paka ) dan sekolah yang berhampiran dengan SK Paka III ialah SK Paka II dan SMK Seri Paka.

Sejak awal penubuhannya, SK Paka III berada di bawah payung naungan Encik Mazlan bin Muda atau lebih mesra dipanggil abah di kalangan guru-guru. 

Bilangan guru pada ketika itu cuma 12 orang beserta seorang AKS. Bilangan murid pula ialah seramai 175 orang sahaja dan terdapat sebanyak 5 kelas. Nama-nama kelas diambil sempena nama-nama bulan dalam Kalendar Islam iaitu Muharram, Rabiul Awal, Rejab, Ramadhan, Syawal dan juga Zulhijjah.


SK PAKA III SEKARANG

Setelah 5 tahun penubuhannya, SK Paka III telah mengalami banyak perubahan dari segala aspek. Awal tahun 2010 juga kami telah menerima naungan baru iaitu Encik Hamzah bin Ahmad.

Kini jumlah guru telah bertambah kepada 27 orang termasuk 4 orang pihak pentadbir. Guru lelaki adalah seramai 4 orang dan perempuan ialah 19 orang. Manakala AKS pula menjadi 5 orang dan kelima-limanya adalah kaum Hawa.

Bilangan murid telah bertambah kepada 319 orang dengan jumlah murid perempuan ialah 151 orang dan lelaki seramai 168 orang. Nama-nama kelas juga telah ditukarkan kepada Arif dan Bestari.

Selamat datang tahun 2011......... Tahun ini perubahan berlaku lagi. Awal tahun 2011 SK Paka III menerima guru besar yang baru iaitu Pn. Shamsiah bt. Abdul Razak. Semoga kehadiran beliau ke sini akan membuat seribu satu perubahan yang akan menjadikan SK Paka III dikenali sebagai sebuah sekolah yang terbaik dari semua segi samada keceriaan, ko-kurikulum, sahsiah murid dan prestasi UPSR. Guru SK Paka III ialah seramai 28 orang dan muridnya berjumlah 366 orang.

Lembaran baru tahun 2012 telah bermula. Semoga ia akan memberi seribu tuah kepada SK Paka III. Alhamdullilah sepanjang tahun 2012 SEPAKAT telah berjaya melakar beberapa kejayaan seperti 
 a) Tempat ke 3 - pertandingan bercerita tahap 1
 b) Tempat ke 3 - Action song 
 c) Tempat ke 3 - Pertandingan nasyid
 d) Tempat ke 2 - Pertandingan Battle bot
 e) Tempat ke 3 - Nasyid Prasekolah
 f) dll

Alhamdulillah penghujung tahun 2012 SEPAKAT dianugerahkan kejayaan yang sangat cemerlang di dalam Peperiksaan UPSR iaitu seramai 12 orang murid telah menggapai 5A. Syukur ke hadrat Ilahi di atas anugerah yang tidak terhingga ini. 


TAHUN 2013
Tahun 2013 telah menjengah SEPAKAT. Semoga tahun ini akan memberikan lebih sinar kejayaan kepada SK Paka III. InsyaAllah.......

Bilangan guru telah bertambah lagi kepada 32 orang. Bilangan staf 5 orang. Manakala bilangan murid pula ialah .......... Namun tanpa diduga , bulan Mac menyaksikan sekali lagi berlaku pertukaran Guru Besar SK Paka III. Pn. Shamsiah telah ditukarkan ke SK Seri Paka dan kami menerima Pn. Salina sebagai Guru Besar baharu SK Paka III.

Kepada Pn. Shamsiah, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadi ketua yang sangat bagus kepada warga SEPAKAT. Jasa cikgu akan kami kenang selama-lamanya.
Kepada Pn. Salina, warga SEPAKAT mengalu-alukan kedatangan cikgu ke SK Paka III. 

************************************************************************

                          LAGU SEKOLAH

                    Harum namamu di persada
                    Mendidik akhlak mulia
                    Lahirkan insan berjaya
                    Untuk negara tercinta

                    Kami ingin cemerlang
                    Jadi insan terbilang
                    Berjaya terus berjaya
                    Di SK Paka III

                    Hormatilah ibu bapa
                    Guru dan rakan semua
                    Ilmu amal iman dan takwa
                    Sepakat kita semua

                    Jaga nama cemerlang nama
                    Berjaya terus berjaya
                    Di SK Paka III

                      (Ciptaan:Cikgu Ishak bin Ismail)